PELAJAR


Pemilihan Pelajar
Pemilihan pelajar-pelajar Edu Citi-Tel Taiping adalah melalui tiga tahap :
Tahap
Proses Pemilihan
Pertama
Pencalonan oleh guru sekolah
Kedua
Penilaian akademik
Ketiga
Penilaian aksara
Hasil kepada semua proses pemilihan yang dibuat seramai 60 org pelajar lelaki darjah 5 telah dipilih dan telah ditempatkan di Edu Citi Tel masing-masing.
Pelajar-pelajar Edu Citi-Tel Perlis Pelajar-pelajar Edu Citi-Tel Perlis telah ditempatkan di empat sekolah terbaik Perlis, yang dipilih berdasarkan prestasi akademik, aktiviti kurikulum dan kemudahan yang terdapat di sekolah-sekolah tersebut. Ia merangkumi:

Sekolah
Sekolah Kebangsaan Putra
Sekolah Kebangsaan Stella Maris
Sekolah Kebangsaan Sena
Sekolah Kebangsaan Seri Indera
Pemerhatian telah menunjukkan bahawa pelajar-pelajar Edu Citi-Tel Perlis mampu untuk menyesuaikan diri kepada persekitaran sekolah dan asrama, dan juga berupaya untuk mengikuti keperluan program, jadual pembelajaran dan aktiviti yang telah diaturkan.
Sebagai nilai tambahan untuk proses pembangunan para pelajar, beberapa program telah direka dan dilaksanakan di Edu Citi-Tel Perlis. Ia termasuk:
Program
Huraian
Kelas-kelas Pengayaan
  • Kelas-kelas Pengayaan bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan merangsang kecemerlangan.
  • Kelas-kelas ini direka untuk mempelbagaikan kurikulum sekolah yang biasa,
  • Kelas-kelas merangkumi Inggeris, Matematik, Pelajaran Keagamaan dan Teknologi Maklumat

Kelas Silat & Tae Kwon Do
  • Kelas Silat dan kelas Tae Kwon-Do disediakan untuk meningkatkan keupayaan fizikal dan mental para pelajar, di samping membina keyakinan diri mereka.
  • Semua pelajar Edu Citi-Tel Perlis adalah diwajibkan untuk memilih salah satu daripada dua kelas ini.

'Homeroom'
  • 'Homeroom' di Edu Citi-Tel adalah seperti satu unit keluarga. Pelajar-pelajar adalah terbahagi kepada lima homerooms, dengan masing-masing diketuai oleh seorang fasilitator.
  • Mesyuarat dan aktiviti 'Homeroom' diadakan setiap dua minggu.

Kem Percutian
  • Kem Percutian diadakan untuk membolehkan pelajar-pelajar mengisi percutian mereka dengan aktiviti-aktiviti yang positif dan membina.
  • Sebuah kem berkenaan


Perubahan yang positif dapat dilihat pada para pelajar Edu Citi-Tel menerusi respon dari ibu bapa yang secara majoritinya merasakan anak mereka lebih berdisplin, konsisten dan yakin pada diri sendiri.
Sokongan dan galakan ibu bapa dan penjaga dilihat sebagai tunggak kejayaan bagi para pelajar yang terlibat dalam program ini. Bagi mengekalkan ikatan kekeluargaan di antara mereka, para pelajar akan dihantar pulang pada setiap bulan di mana kos tambang pergi dan balik akan ditanggung sepenuhnya oleh NCIA.