PENGENALAN

            Edu-Citi-Tel (singkatan bagi Educational City Hostel) pada dasarnya adalah kemudahan penginapan dan pembelajaran yang direka bagi menyediakan persekitaran kondusif bagi pelajar lelaki Darjah 5 dan Darjah 6 yang datang dari kawasan luar bandar dan keluarga berlatar belakangkan sosio-ekonomi yang rendah. Pelajar-pelajar ini akan dipilih dengan teliti melalui proses pemilihan bersama yang dibuat oleh NCIA dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Sepanjang tempoh bagi Rancangan Malaysia ke-9, Edu Citi-Tel  telah  didirikan di Taiping,Perlis dan Sg Petani yang masing-masing akan menerima 120 pelajar lelaki (iaitu 60 dari Darjah 5 dan 60 dari Darjah 6).
Kemudahan Hostel
Edu Citi-Tel Perlis ditempatkan di dalam sebuah bangunan hotel 4tingkat di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin yang terletak di Ulu Pauh,Perlis dan memenuhi keperluan dan spesifikasi Edu Citi-Tel.
Asrama tersebut dapat menampung 60 orang pelajar dan telah dilengkapi secukupnya bagi menyediakan keselesaan dan kemudahan semua pelajar dan kakitangan.
Kemudahan termasuk :
  • Bilik pelajar dan kakitangan
  • Dewan makan
  • Dewan fungsi serbaguna
  • Bilik-bilik kajian
  • Makmal Komputer
  • Surau
  • Pejabat pentadbiran